0%

Tinjauan Nadi Kemampanan Perniagaan di Malaysia

Tinjauan Nadi Kemampanan Perniagaan di Malaysia

Kepada CEO / Pegawai Kemampanan (Chief Sustainability Officer) yang Bertanggungjawab / Bakal CEO,
Kami, Dr M.V Avvari, Dr Hung W.T dan Dr Jayalakshmy R. daripada Sekolah Perniagaan Universiti Nottingham (NUBS) dari Universiti Nottingham Malaysia, berbesar hati untuk menjemput anda bagi mengambil bahagian dalam sebuah tinjauan tentang Kemampanan Organisasi. Kami menjalankan tinjauan berkenaan Tinjauan Nadi Kemampanann Sektor Swasta di Malaysia – sebuah projek dipimpin oleh UN-Global Compact Malaysia & Brunei (UN-GCMYB), disokong oleh Bursa Malaysia, MATRADE dan MDEC, dan dibiayai oleh HSBC Amanah, Axiata Group dan Tata Consultancy Services.
Terdapat empat bahagian dalam soal selidik ini dengan skala markah bersebelahan dengan setiap soalan /pernyataan. Sila nyatakan markah anda berdasarkan skala bagi setiap soalan/pernyataan.

Seksyen 1 adalah untuk mengumpul maklumat mengenai pemacu kemampanan dalam organisasi

Seksyen 2 adalah untuk mengumpul maklumat mengenai bidang fokus organisasi untuk kemampanan

Seksyen 3 adalah untuk mengumpul maklumat mengenai strategi organisasi untuk menguruskan kemampanan

Seksyen 4 adalah untuk mengumpul maklumat mengenai budaya organisasi

Seksyen 5 adalah untuk mengumpul maklumat mengenai syarikat responden dan profilnya

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas masa dan sokongan anda.