This free survey is powered by
0%
Exit Survey
 
 
Tuan / Puan,
Kajian mengenai pengaruh faktor halangan komunikasi dan penggunaan Facebook Page terhadap pencapaian kerja dalam organisasi.
Saya adalah pelajar siswazah di peringkat kedoktoran di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Sebagai sebahagian dari penyelidikan saya, saya menjalankan satu soal selidik mengkaji pengaruh penggunaan Facebook Page UiTM sentiasa di hatiku di kalangan kakitangan UiTM. Penglibatan tuan/puan di dalam kajian ini adalah sukarela, namun ianya adalah amat dihargai.
Kajian ini telah mendapat kelulusan daripada penyelia saya di Universiti Putra Malaysia. Maklum balas yang diterima adalah sulit dan hanya akan menjadi asas bagi penyelidikan ini. Kesemua data akan dilaporkan secara agregat dan akan digunakan bagi membantu penyelidikan ini semata-mata. Hanya penyelia saya, Prof Madya Dr. Jusang bin Bolong, Prof. Dr Md Salleh Hj. Hassan dan Dr. Hamisah Zaharah Hassan akan berpeluang melihat soal selidik yang telah dijawab termasuk saya sendiri untuk tujuan penganalisaan data. Soal selidik ini akan dihapuskan selepas tamatnya kajian ini.
Andai anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut berkaitan kajian ini, atau ingin menerima kesimpulan bagi keputusan setelah kajian ini tamat, saya boleh dihubungi menerusi emel [email protected].
Terima kasih di atas bantuan dan keperihatinan anda. Penglibatan anda di dalam kajian ini amatlah dihargai dan cukup bermakna bagi saya.

Ahlam Binti Abdul Aziz
Pelajar PhD.
Universiti Putra Malaysia.
Serdang, Selangor.


Hello:
You are invited to participate in our survey [Project Description Here]. In this survey, approximately [Approximate Respondents] people will be asked to complete a survey that asks questions about usage of FB page of UiTM sentiasa dihati ku. It will take approximately [Approximate Time] minutes to complete the questionnaire.

Your participation in this study is completely voluntary. There are no foreseeable risks associated with this project. However, if you feel uncomfortable answering any questions, you can withdraw from the survey at any point. It is very important for us to learn your opinions.

Your survey responses will be strictly confidential and data from this research will be reported only in the aggregate. Your information will be coded and will remain confidential. If you have questions at any time about the survey or the procedures, you may contact me at by email at the email address specified above

Thank you very much for your time and support. Please start with the survey now by clicking on the Continue button below.

 
 
 
* 1. Sudah berapa lamakah anda menggunakan page ini sebagai wadah komunikasi di UiTM?
   
* 2. Berapa kerapkah anda melayari page ini dalam sehari?
   
* 3. Berapa jamkah anda melayari page ini dalam sehari?
   
* 4. Dimanakah anda selalu melayari FB page ini?
   
 
 
BAHAGIAN B :TAHAP PENGGUNAAN FB PAGE UiTM SENTIASA DIHATI KU
1. Tidak Pernah 2. Jarang-jarang (<30 minit sehari) 3. Kadang-kadang (30 minit -1 jam sehari) 4. Kerap (1-2 jam sehari) 5. Sentiasa (>2 jam sehari)
* 5. Melayari page ini setiap hari
* 6. Menggunakan page ini untuk berkomunikasi dengan kakitangan lain
* 7. Melayari page ini di luar waktu pejabat
* 8. Menggunakan page ini untuk berkomunikasi dengan pegawai atasan saya.
* 9. Pegawai atasan saya menyalurkan maklumat menerusi page ini.
* 10.Pegawai atasan memberi arahan menerusi page ini.
* 11.Terus melayari page ini jika terdapat pemberitahuan (notification) dlm akaun Facebook saya.
 
 
BAHAGIAN C: AKTIVITI PENGGUNAAN FACEBOOK PAGE UiTM SENTIASA DIHATI KU
1. Tidak Pernah 2. Jarang-jarang (<30 minit sehari) 3. Kadang-kadang (30 minit - 1 jam sehari) 4. Kerap (1-2 jam sehari) 5. Sentiasa (> 2 jam sehari)
* 12.Pos status terkini
* 13.Kongsi pautan
* 14.Menghantar mesej dalam inbox
* 15.Berbual menerusi Facebook Chat
* 16.Memberi komen pada status,pautan dan gambar
* 17.Muat turun gambar
* 18.Tag gambar
* 19.Melihat gambar
* 20.Muat turun video
* 21.Tag video
* 22.Melihat video
 
 
BAHAGIAN D: HALANGAN KOMUNIKASI

Ketika berkomunikasi dalam organisasi saya,
1. Sangat tidak setuju 2. Tidak Setuju 3. Kurang Setuju 4. Setuju 5. Sangat Setuju
* 23.Sukar berkomunikasi secara bersemuka dengan mereka yang berjawatan lebih tinggi daripada saya.
* 24.Lebih suka berkomunikasi secara bertulis dengan mereka yang berjawatan lebih tinggi daripada saya.
* 25.Berasa tidak sukar untuk menyampaikan maklumat walaupun melalui pelbagai peringkat dalam struktur organisasi.
* 26.Tidak menghadapi masalah memahami maklumat walaupun melalui pelbagai peringkat dalam struktur organisasi.
* 27.Menghadapi masalah memahami maklumat dari pegawai atasan saya.
* 28.Percaya maklumat yang melalui pelbagai perigkat dalam organisasi mungkin akan ditokok tambah.
* 29.Percaya maklumat yang melalui pelbagai peringkat dalam organisasi mungkin akan menyusut.
* 30.Percaya bahawa jawatan seseorang boleh menwujudkan masalah komunikasi dalam organisasi.
* 31.Kefahaman saya terhadap maklumat yang disampaikan lebih jelas walaupun melalui pelbagai peringkat dalam organisasi.
* 32.Sering berbincang mengenai masalah di tempat kerja dengan pegawai atasan saya.
1. Sangat tidak setuju 2. Tidak Setuju 3. Kurang Setuju 4. Setuju 5. Sangat Setuju
* 33.Tidak malu berbincang masalah peribadi dengan pegawai atasan saya.
* 34.Takut memberi pandangan atau idea.
* 35.Sering memberi pendapat dan pandangan kepada pegawai atasan saya.
* 36.Akan mempertahankan pendapat saya walaupun
* mungkin ada yang tidak bersetuju.
* 37.Kurang selesa menyatakan masalah saya kepada pegawai atasan kerana statusnya sebagai bos/ketua.
* 38.Suka menyatakan masalah saya kepada pegawai atasan kerana beliau boleh membantu saya.
* 39.Lebih senang berkomunikasi dengan pegawai atasan saya di dalam suasana aman dan tenteram.
* 40.Tidak kisah berbincang dengan pegawai atasan saya dalam suasana pejabat yang bising dan riuh rendah.
* 41.Merasakan persekitaran pejabat yang bising akan mengganggu proses komunikasi yang sedang berlangsung.
1. Sangat tidak setuju 2. Tidak Setuju 3. Kurang Setuju 4. Setuju 5. Sangat Setuju
* 42.Tidak selesa berbincang dengan pegawai atasan saya dalam pejabat yang susunan ruangnya tidak teratur.
* 43.Merasakan peralatan pejabat perlu dalam keadaan yang baik bagi menjamin proses komunikasi yang lancar.
* 44.Lebih menitikberatkan persekitaran organisasi yang harmoni berbanding mempunyai kakitangan yang cekap.
* 45. Percaya persekitaran yang bising akan mempengaruhi kefahaman maklumat yang saya terima.
* 46.Percaya persekitaran pejabat dengan susun atur ruang yang selesa akan mempengaruhi emosi saya yang menggunakan ruang tersebut untuk berkomunikasi.
* 47.Dapat berbincang masalah tugasan dengan lebih mendalam di dalam suasana yang kondusif.
 
 
BAHAGIAN E: PERSEPSI TERHADAP FB PAGE UiTM SENTIASA DIHATI KU

Saya dapati,
1. Sangat tidak setuju 2. Tidak setuju 3. Kurang setuju 4. Setuju 5. Sangat setuju
* 48. Proses komunikasi menerusi page ini adalah fleksibel.
* 49. Berkomunikasi menerusi page ini tidak memerlukan saya untuk berfikir dengan bersusah payah.
* 50. Berkomunikasi menerusi page ini adalah mudah bagi saya.
* 51. Proses komunikasi menerusi page ini adalah jelas serta senang difahami.
* 52. Page ini memudahkan saya untuk mengingati bagaimana untuk menjalankan tugas dengan merujuk post terdahulu.
* 53. Page ini menjimatkan masa untuk berkomunikasi dengan warga UiTM lain.
* 54. Page ini menjimatkan kos untuk mendapatkan maklumat.
* 55. Page ini memberi maklumat berguna untuk saya.
* 56. Page ini mudah digunakan sebagai medium komunikasi dengan pengurusan atasan UiTM.
* 57. Page ini menjadikan saya selesa untuk berkomunikasi dengan pegawai atasan saya.
* 58. Page ini sangat berguna untuk saya berhubung dengan pegawai atasan saya.
* 59. Page ini menjadikan tugas saya lebih efisien.
* 60. Page ini menjadikan tugas saya lebih mudah.
* 61. Page ini menjadikan saya lebih efektif dalam menjalankan tugas.
* 62. Page ini sangat berguna dalam menjalankan tugas.
 
 
BAHAGIAN F: HASIL PENCAPAIAN SELEPAS MENGGUNAKAN PB PAGE UiTM SENTIASA DIHATI KU.

Selepas menggunakan FB page ini saya,
1. Sangat Tidak Benar 2. Tidak Benar 3. Agak Benar 4. Benar 5. Sangat Benar
* 63. Menjadi lebih efektif dalam menjalankan tugas
* 64. Semakin mudah berkomunikasi dengan warga UiTM lain untuk melaksanakan tugas.
* 65. Gembira dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.
* 66. Yakin dalam menyelesaikan tugasan di pejabat.
* 67. Dapat menyelesaikan tugas dengan selesa tanpa melalui proses birokrasi yang telah ditetapkan.
* 68. Dapat berkongsi pendapat dengan warga UiTM lain tanpa perlu bersemuka di antara satu sama lain dalam menjalankan tugas.
* 69. Dapat menghindari rasa bosan menjalankan tugas di pejabat.
* 70. Dapati maklumat yang diperolehi adalah boleh dipercayai dalam membantu menjalankan tugas.
* 71. Dapat menjalin hubungan rapat dengan pengurusan atasan dalan kakitangan lain di uiTM.
* 72. Mendapat maklumat dengan cepat untuk menyelesaikan tugas.
1. Sangat Tidak Benar 2. Tidak Benar 3. Agak Benar 4. Benar 5. Sangat Benar
* 73. Dapat membuat keputusan dengan cepat hasil dari maklumat yang diperolehi.
* 74. Dapat menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan.
* 75. Dapat menyempurnakan tugas yang berkualiti.
* 76. Dapat mengurangkan masa dengan berurusan terus kepada pegawai yang sepatutnya.
* 77. Dapat menambah pengetahuan berkaitan tugasan saya.
* 78. Dapat berkongsi maklumat yang didapati dengan kakitangan lain.
* 79. Dapat menyelesaikan masalah berkaitan tugasan dengan cepat.
* 80. Dapat menjalin hubungan baik dengan kakitangan lain walaupun tidak berada di tempat yang sama.
* 81. Dapat menyumbangkan idea berkaitan tugas walaupun di luar waktu pejabat.
* 82. Dapat mengurangkan kos operasi organisasi dengan berkomunikasi menerusi atas talian.
1. Sangat Tidak Benar 2. Tidak Benar 3. Agak Benar 4. Benar 5. Sangat Benar
* 83. Dapat meningkatkan prestasi kerja saya.
* 84. Berkebolehan untuk terus menghadapi cabaran dalam menjalankan tugas.
* 85. Dapat menyelesaikan masalah tanpa perlu bersemuka dengan pegawai berkenaan.
* 86. Dapat menyelesaikan semakin banyak tugas di pejabat.
* 87. Dapat mengurangkan masa menghadiri mensyuarat.
* 88. Dapat mengurangkan perbincangan tugasan menerusi telefon.
* 89. Dapati proses komunikasi lebih berkesan dengan pengurusan atasan saya.
* 90. Dapati page ini adalah medium komunikasi yang baik.
* 91. Menjadi lebih produktif dalam menjalankan tugas di pejabat.
* 92. Menjadi lebih efisien dalam menjalankan tugas di pejabat.
* 93. Tugasan dapat diselesaikan dengan cepat sebelum tarikh akhir.
* 94. Tugasan dapat diselesaikan dengan mudah.
* 95. Tugasan diselesaikan tanpa melalui prosedur yang ketat.
* 96. Dapat berkongsi masalah tugasan dengan lebih ramai kakitangan dalam organisasi.
* 97. Saya tidak lagi menyelesaikan tugas pada minit-minit akhir.
 
 
 
* 98. Gender
   
* 99. Umur
   
* 100. Bangsa
   
* 101. Tahap Pendidikan
   
* 102. Gred Jawatan
   
* 102. Tempoh berkhidmat di UiTM
   
* 103. Klasifikasi perkhidmatan
   
 
TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN ANDA MENJAWAB BORANG SOAL SELIDIK INI