SIGN UP FREE
Survey Templates Surveys DIMENSI TANGGUNGJAWAB SOSIAL DALAM PELABURAN ISLAM

DIMENSI TANGGUNGJAWAB SOSIAL DALAM PELABURAN ISLAM

DIMENSI TANGGUNGJAWAB SOSIAL DALAM PELABURAN ISLAM


Pelabur yang dihormati,

Penyertaan anda di dalam kajian ini amatlah dihargai. Kebanyakan soalan hanya memerlukan anda untuk menandakan di dalam kotak yang berkenaan. Semua maklumat yang diberikan di dalam borang soal selidik ini akan disimpan secara rahsia.

Sebagai tanda penghargaan terhadap penyertaan anda di dalam kaji selidik ini, untuk setiap borang soal selidik yang siap diisi dan dikembalikan, RM 5.00 akan didermakan kepada Persatuan bagi Orang Buta Malaysia (MAB).

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kaji selidik ini, sila hubungi Mohd Nizam di 013-3407240 (Telefon Bimbit), 03-61964638 (Pejabat) atau di alamat e-mel [email protected].

Terima kasih.

Arahan dan Maklumat Umum

1. Semua maklum balas adalah rahsia dan hanya akan digunakan untuk tujuan penyelidikan dan akademik.

2. Jangan khuatir dengan soalan-soalan yang kelihatan seakan sama. Sekiranya anda tidak mempunyai jawapan yang tepat kepada sesuatu soalan, sila berikan penilaian terbaik anda dengan menandakan kotak yang berkenaan untuk soalan tersebut. Jawapan anda adalah amat penting bagi ketepatan kajian ini.

BAHAGIAN A
(Sila tandakan (√) di dalam kotak yang berkenaan)
1. Apakah tujuan utama anda melabur dalam unit amanah? (Sila tandakan (√) di dalam SATU kotak sahaja)

2. Di antara kenyataan-kenyataan berikut yang mana satu paling tepat menggambarkan tahap risiko kewangan yang anda sanggup ambil semasa membuat pelaburan?

3. Apakah jenis-jenis dana unit amanah yang anda labur sekarang ini? (Sila tandakan (√) di dalam semua kotak yang berkenaan)

4. Daripada keseluruhan pelaburan anda dalam unit amanah, berapa peratuskah dilabur di dalam dana-dana Islam?

5. Mengapakah anda melabur dalam dana unit amanah Islam?(Sila nilaikan setiap kenyataan mengikut tahap kepentingannya)
Langsung Tidak Penting
Tidak Penting
Neutral
Penting
Sangat Penting
a) Saya ingin mendapatkan pulangan yang halal daripada pelaburan saya.
b) Saya ingin mempelbagai pelaburan saya dengan dana konvensional.
c) Saya melabur kerana ia memberi pulangan yang tinggi.
d) Saya ingin pelaburan saya digunakan didalam aktiviti ekonomi yang mempunyai kesan positif kepada masyarakat.
e) Lain-lain (Sila Nyatakan di dalam ruangan di bawah)
 
6. Pada pendapat anda, pelaburan yang berasaskan kepada prinsip-prinsip Shari’ah seharusnya …
(Sila nilaikan setiap kenyataan mengikut tahap kepentingannya)
Langsung Tidak Penting
Tidak Penting
Neutral
Penting
Sangat Penting
a) Tidak terlibat dalam perkhidmatan kewangan konvensional (perbankan dan insuran konvensional, dll)
b) Tidak terlibat dalam pengeluaran dan penjualan barangan terlarang (arak, daging khinzir, tembakau, dll)
c) Menyumbang secara positif kepada pembangunan masyarakat
d) Menggunakan sumber secara efisien
e) Mengurus risiko secara berhemah
f) Mengambil berat terhadap kesan kepada alam sekitar
g) Menyumbang kepada pembasmian kemiskinan
h) Memaksimakan pulangan dari pelaburan
i) Tidak terlibat dalam aktiviti hiburan yang tidak dibenarkan dalam Shari’ah
j) Tidak terlibat dalam aktiviti berkaitan perjudian
Langsung Tidak Penting
Tidak Penting
Neutral
Penting
Sangat Penting
Lain-lain: (Sila nyatakan dalam ruangan di bawah)
 
7. Apakah pendapat anda terhadap kenyataan-kenyataan berikut?
Langsung Tidak Penting
Tidak Penting
Neutral
Penting
Sangat Penting
a) Saya menjangkakan dana-dana Islam memberi pulangan yang sekurang-kurangnya sama berbanding dengan dana-dana konvensional.
b) Saya bersedia menerima pulangan yang lebih rendah bagi pelaburan saya asalkan ia berasaskan kepada prinsip-prinsip Islam.
c) Pelaburan yang berasaskan prinsip- prinsip Islam adalah lebih berdaya tahan terhadap naik turun dalam pasaran.
BAHAGIAN B
(Sila tandakan (√) di dalam kotak yang berkenaan)
8. Terdapat satu ‘trend’ yang semakin pesat bertumbuh dalam industri pengurusan dana yang menggunakan kriteria ‘tanggungjawab sosial’ dalam keputusan pelaburannya yang kebiasaannya dikenali sebagai pelaburan ‘beretika’, ‘alam sekitar’ dan ‘bertanggungjawab sosial’. Sejauh manakah anda sedar tentang dana-dana tersebut?

9. Sebagai pelabur, sejauh manakah pentingnya syarikat-syarikat yang anda labur mempunyai kriteria ‘tanggungjawab sosial’ berikut?

Langsung Tidak Penting
Tidak Penting
Neutral
Penting
Sangat Penting
a) Membantu golongan kurang bernasib baik (anak yatim, cacat, pelajar miskin, badan amal, dll)
b) Melayan pekerja, pelanggan dan pembekal secara adil (tiada diskriminasi)
c) Menyediakan skim faedah pekerja yang baik (perlindungan kesihatan, pinjaman, dll)
d) Mempunyai sistem kebertanggungjawaban dan ketelusan yang baik dalam operasinya
e) Mengguna pakai polisi pengurusan sisa dan kitar semula yang baik
f) Tidak terlibat dalam perlakuan perniagaan yang tidak beretika (penipuan, anipulasi harga, rasuah, dll)
g) Tidak menggunakan tenaga buruh kanak-kanak atau paksa
h) Memastikan persekitaran kerja yang selamat dan sihat
i) Menggalakkan nilai-nilai etika dalam operasinya
j) Melabur di kawasan miskin dan kurang membangun
Langsung Tidak Penting
Tidak Penting
Neutral
Penting
Sangat Penting
k) Menggunakan teknologi yang mesra alam
l) Tidak terlibat dalam aktiviti yang merosakkan alam sekitar
m) Menghormati hak-hak pekerja dan kebebasan berpersatuan (persatuan pekerja)
n) Menggalakkan peningkatan kecekapan dan pembangunan kerjaya pekerja
o) Menyediakan kemudahan kepada komuniti (dewan orang ramai, kawasan rekreasi, dll)
Lain-lain: (Sila nyatakan dalam ruang di bawah)
 
10. Sebagai pelabur, sejauh manakah pentingnya syarikat-syarikat yang anda labur tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti berikut?


Langsung Tidak Penting
Tidak Penting
Neutral
Penting
Sangat Penting
a) Industri senjata
b) Tenaga nuklear
c) Makanan yang diubahsuai secara genetik
d) Racun serangga/Bahan kimia
e) Penganiyaan binatang
Lain-lain: (Sila nyatakan dalam ruangan di bawah)
 
BAHAGIAN C
(Sila tandakan (√) di dalam kotak yang berkenaan)
11. Apakah pendapat anda sekiranya isu-isu ‘tanggungjawab sosial’ digunakan sebagai kriteria tambahan dalam keputusan pelaburan dana unit amanah Islam?


Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Neutral
Setuju
Sangat Setuju
a) Dengan menambah kriteria ‘tanggungjawab sosial’,skop pelaburan yang menguntungkan akan berkurangan.
b) Dengan menggunakan kriteria ‘tanggungjawab sosial’, dana Islam akan mengelak dari melabur di dalam syarikat yang berpotensi menimbulkan masalah.
c) Dengan menggunakan kriteria ‘tanggungjawab sosial’, dana Islam akan melabur di dalam perniagaan yang berdaya tahan.
d) Dengan menambah kriteria ‘tanggungjawab sosial’, dana Islam akan mempunyai peluang yang terbatas untuk mempelbagaikan risiko pelaburan.

12. Apakah persepsi anda terhadap risiko dan pulangan pelaburan bagi dana unit amanah Islam yang menggunakan kriteria ‘tanggungjawab sosial’ dalam keputusan pelaburannya?


Amat Lebih Rendah
Agak Lebih Rendah
Sama
Agak Lebih Tinggi
Amat Lebih Tinggi
a) Berbanding dengan dana Islam biasa, saya jangka risiko pelaburan bagi dana Islam yang menggunakan kriteria ‘tanggungjawab sosial’ adalah …
b) Berbanding dengan dana Islam biasa, saya jangka pulangan pelaburan bagi dana Islam yang menggunakan kriteria ‘tanggungjawab sosial’ adalah …
13. Sila berikan pendapat anda terhadap kenyataan-kenyataan berikut;


Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Neutral
Setuju
Sangat Setuju
a) Saya mungkin menyokong perlakuan perniagaan yang tidak bertanggungjawab sekiranya saya mengabaikan isu-isu ‘tanggungjawab sosial’ dalam pelaburan saya.
b) Saya boleh membantu memperbaiki kualiti hidup masyarakat dengan melabur menggunakan kriteria ‘tanggungjawab sosial’.
c) Saya tidak mengambil berat tentang isu-isu ‘tanggungjawab sosial’ dalam pelaburan saya.
d) Saya tidak percaya keputusan pelaburan saya boleh mendatangkan sebarang kesan buruk kepada kesejahteraan masyarakat.
e) Isu-isu ‘tanggungjawab sosial’ seharusnya ditangani oleh kerajaan dan organisasi sosial, dan bukannya pelabur.
f) Setiap pelabur mestilah mengambil tanggungjawab di atas kesan-kesan daripada pelaburannya.
BAHAGIAN D
(Sila tandakan (√) di dalam kotak yang berkenaan)
14. Sekiranya dana unit amanah Islam anda sekarang ini ingin menggunakan kriteria ‘tangungjawab sosial’ di dalam keputusan pelaburannya, adakah anda akan menyokong inisiatif ini?

15. Sekiranya dana unit amanah Islam yang menggunakan kriteria ‘tanggungjawab sosial’ ditawarkan kepada anda pada hari ini untuk pelaburan anda, adakah anda akan melabur di dalam dana ini?

16. Sekiranya dana unit amanah Islam anda sekarang ini memberikan pulangan sebanyak 10 peratus, adakah anda akan melabur dalam dana Islam yang menggunakan kriteria ‘tanggungjawab sosial’ sekiranya pulangannya adalah…

Saya tidak akan melabur
Mungkin saya tidak akan melabur
Saya tidak pasti
Mungkin saya akan melabur
Saya akan melabur
...Melebihi 10 peratus?
...10 peratus?
...9 peratus?
...8 peratus?
...7 peratus?
...6 peratus dan ke bawah?
17. Di antara aktiviti-aktiviti berikut yang manakah anda turut serta secara konsisten sepanjang ENAM bulan yang lepas? (Sila tandakan (√) di dalam semua kotak yang berkenaan)

Bahagian E
(Sila tandakan (√) di dalam kotak yang berkenaan)
18. Jantina:
19. Taraf perkahwinan:
20. Umur:
21. Bangsa:
22. Agama:
23. Tahap Pendidikan Tertinggi:
24. Jumlah Pendapatan Bulanan:
25. Butiran pekerjaan:

a) Jenis Pekerjaan


b) Jenis Organisasi
Jika anda ingin memberi sebarang maklumat lain tentang kaji selidik ini atau ada sebarang ulasan yang anda rasa boleh membantu kami untuk memahami sikap anda terhadap dana Islam dan isu-isu berbangkit, sila isi di ruang yang di sediakan di bawah.
Komen

Related templates and questionnaires